Firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum
lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana)
harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah
pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan
puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih
baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban
setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara
satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.
(Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya
menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada
seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak
bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang
zalim.”
(Surah Al-Hujurat:11)
(Surah Al-Hujurat:11)
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut.”
(HR. Tirmizi)
“Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut.”
(HR. Tirmizi)
“Orang yang tidak suka menghormati orang lain, adalah orang yang
tidak terhormat. Orang yang dihinakan itu belum tentu dia akan hina atau
tidak, tetapi perbuatan menghinakan orang itu sudah menjadi bukti atas
kehinaan diri kita sendiri.”
(Hamka)
(Hamka)
“Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam Allah menutup keaibannya di dunia dan di akhirat”.
(HR. Muslim, Ahmad dan Abu Daud)
(HR. Muslim, Ahmad dan Abu Daud)
“Bukanlah seorang beriman itu seorang yang suka mengecam, suka melaknat, suka mengeluarkan kata buruk dan kesat”.
(HR. Bukhari dan Ahmad)
(HR. Bukhari dan Ahmad)
Firman Allah SWT:
“Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”
(Surah Ali-Imran:134)
“Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”
(Surah Ali-Imran:134)
Kemaafan adalah dendam terindah buat saudaramu yang melakukan
kesilapan. Tidak ada manusia yang sempurna dan maksum sehingga tiada
satu kesalahan pun yang dilakukannya terhadap saudaranya melainkan ‘Nabi
Muhammad SAW.
Tiada manusia yang sempurna melainkan saling menasihati antara satu
sama lain bagi memperbetulkan kesilapan dan memperbaiki diri menjadi
insan yang lebih baik.
“Tidaklah dapat kita mengenal orang melainkan pada tiga keadaan,
iaitu tidak dapat diketahui orang pemaaf melainkan ketika dia marah,
tidak dapat diketahui orang yang berani kecuali ketika dia berjuang dan
tidak dapat dikenal seorang sahabat melainkan ketika kita dalam
kesusahan.”
(Luqman Al-Hakim)
(Luqman Al-Hakim)
Mulailah kemaafan itu dari diri kita sendiri dengan memafkan kesalahan yang pernah dilakukan oleh saudara kita.
Firman Allah SWT:
“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu?”
(Surah an-Nur : 21)
“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu?”
(Surah an-Nur : 21)